JENIS-JENIS PARTI POLITIK

Pengenalan
Dalam modul ini, anda akan mempelajari asas politik Malaysia yang merangkumi parti politik, ideologi, dan gabungan politik. Politik Malaysia berkembang dalam konteks masyarakat berbilang kaum, agama, dan budaya, dengan pelbagai parti memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negara. Modul ini akan membantu anda memahami bagaimana parti-parti politik berfungsi, serta pengaruh parti dari Sabah dan Sarawak dalam landskap politik negara.
Apa yang akan anda pelajari?
Modul ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam tentang:
- Sejarah dan peranan parti politik utama di Malaysia seperti UMNO, MCA, MIC, DAP, dan PAS.
- Perbezaan spektrum politik antara parti kiri (kesaksamaan) dan kanan (konservatisme).
- Mekanisme gabungan politik seperti BN, PH, dan PN dalam membentuk kestabilan kerajaan.
- Pengaruh parti-parti dari Sabah dan Sarawak dalam menentukan landskap politik Malaysia.
Apakah kelebihan mempelajari topik ini?
Selepas mempelajari topik ini, anda akan:
- Memahami bagaimana parti politik membentuk dasar negara.
- Menyedari kepentingan ideologi dalam menentukan hala tuju negara.
- Mengetahui peranan gabungan politik dalam memastikan kestabilan kerajaan.
- Mengenali peranan unik parti dari Sabah dan Sarawak dalam sistem politik Malaysia.
Jom terokai modul ini dan fahami bagaimana politik Malaysia berkembang dan berfungsi!
PARTI BERASASKAN KAUM DAN IDEOLOGI POLITIK
Modul pertama ini mengkaji sejarah parti-parti politik di Malaysia yang berasaskan kaum, seperti UMNO, MCA, dan MIC, serta peranan ideologi politik dalam membentuk dasar mereka. Ia juga membincangkan bagaimana ideologi liberal dan konservatif mempengaruhi landskap politik Malaysia.
Kelebihan: Modul ini memberi pemahaman tentang bagaimana sejarah dan ideologi telah membentuk politik negara, serta bagaimana parti-parti ini berfungsi dalam konteks masyarakat berbilang kaum.
Modul pertama ini mengkaji sejarah parti-parti politik di Malaysia yang berasaskan kaum, seperti UMNO, MCA, dan MIC, serta peranan ideologi politik dalam membentuk dasar mereka. Ia juga membincangkan bagaimana ideologi liberal dan konservatif mempengaruhi landskap politik Malaysia.
PARTI KIRI & KANAN SPEKTRUM POLITIK
Bahagian ini memberi fokus kepada kedudukan parti-parti di kiri dan kanan spektrum politik. Ia membincangkan perbezaan antara parti kiri yang memperjuangkan kebebasan dan kesaksamaan, dengan parti kanan yang menekankan nilai-nilai tradisional dan konservatif.

Kelebihan: Modul ini memberikan pandangan yang jelas tentang bagaimana ideologi politik mempengaruhi dasar dan tindakan parti-parti yang ada di Malaysia
GABUNGAN POLITIK & PERUBAHAN KEDUDUKAN PARTI
Modul ketiga membincangkan bagaimana gabungan politik di Malaysia berfungsi, dengan menekankan contoh gabungan seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Perikatan Nasional (PN). Ia juga menganalisis bagaimana kedudukan parti-parti boleh berubah mengikut isu semasa dan kerjasama dalam gabungan politik
Modul ketiga membincangkan bagaimana gabungan politik di Malaysia berfungsi, dengan menekankan contoh gabungan seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Perikatan Nasional (PN). Ia juga menganalisis bagaimana kedudukan parti-parti boleh berubah mengikut isu semasa dan kerjasama dalam gabungan politik.