Pengenalan
Dalam module ini, anda akan dapat pendedahan tentang teori-teori berkaitan dengan demokrasi yang termasuk dengan pilihan raya di Malaysia, sistem kerajaan di Malaysia, Pembahagian kuasa.
Antara 3 topik itu ialah:
Pilihan raya di Malaysia
Pilihan raya di Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan orang muda, yang merupakan pengundi dan agen perubahan penting dalam masyarakat. Keterlibatan golongan muda dalam pilihan raya memberi mereka suara dalam penggubalan dasar yang mempengaruhi kehidupan mereka, seperti pendidikan dan pekerjaan.
Sistem kerajaan di Malaysia
Sistem kerajaan di Malaysia memberi peluang kepada orang muda untuk terlibat secara aktif dalam politik. Dengan pengurangan umur mengundi kepada 18 tahun, golongan muda kini dapat memilih wakil rakyat yang mewakili aspirasi mereka.Ini membolehkan orang muda memberi suara dalam pembentukan masa depan negara dan memperkuat demokrasi.
Pembahagian Kuasa
Pembahagian kuasa di Malaysia mengikut prinsip persekutuan, di mana kuasa dibahagikan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.Ini membolehkan setiap peringkat kerajaan berfungsi secara berkesan dan bertanggungjawab terhadap rakyat yang diwakili.
Ketiga-tiga elemen ini—pilihan raya, sistem kerajaan, dan pembahagian kuasa—merupakan asas penting dalam memastikan fungsi dan kelangsungan sistem demokrasi di Malaysia.
Pendedahan akan diberi melalui video pendek dan kata-kata kunci yang boleh anda google untuk mengetahui lebih mendalam.