PENGASINGAN KUASA

Pengenalan

Modul ini direka untuk memberikan pemahaman mendalam tentang konsep pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan demokrasi. Di Malaysia, pengasingan kuasa terbahagi kepada tiga cabang utama:

  • Legislatif – Bertanggungjawab dalam penggubalan undang-undang.
  • Eksekutif – Melaksanakan dan menguruskan pentadbiran kerajaan.
  • Kehakiman – Mentafsir dan menguatkuasakan undang-undang secara adil.

Ketiga-tiga cabang ini berfungsi secara berasingan tetapi saling memantau bagi memastikan keseimbangan kuasa serta mengelakkan penyalahgunaan dalam sistem pemerintahan. Prinsip ini bukan sahaja mengukuhkan keadilan dalam pelaksanaan undang-undang tetapi juga menjamin hak dan kebebasan rakyat, termasuk golongan belia.

Mengapa Penting untuk Mempelajari Topik Ini?

Melalui modul ini, anda akan memperoleh:

1. Pemahaman Mendalam tentang Struktur Pemerintahan

Anda akan mengetahui bagaimana undang-undang digubal, dilaksanakan, dan ditafsirkan, serta bagaimana setiap cabang kerajaan berperanan dalam membuat keputusan penting untuk negara.

2. Kesedaran Mengenai Hak dan Tanggungjawab

Mengetahui prinsip pengasingan kuasa membantu meningkatkan kesedaran mengenai hak asasi, kebebasan bersuara, dan keadilan sosial. Ini juga memberi pemahaman tentang bagaimana sistem semak dan imbang berfungsi untuk melindungi hak rakyat.

3. Menggalakkan Penyertaan Aktif dalam Demokrasi

Dengan memahami sistem pemerintahan, anda lebih bersedia untuk terlibat dalam demokrasi, sama ada melalui pengundian, advokasi, atau menyuarakan pandangan dengan cara yang berkesan dan bertanggungjawab.

Jom terokai modul ini dan tingkatkan pemahaman anda tentang peranan serta tanggungjawab sebagai rakyat dalam sistem demokrasi!

PENGASINGAN KUASA LEGISLATIF

1
Pengenalan

Dalam topik ini, anda akan memahami konsep pengasingan kuasa dalam demokrasi, peranan tiga cabang utama kerajaan di Malaysia, serta kepentingannya dalam mengekalkan keseimbangan kuasa dan melindungi hak rakyat.

2
Pengasingan Kuasa - Legislatif (Video)
4.00

Dalam bahagian pertama ini, kita akan bincang mengenai kuasa Legislatif atau Perundangan, yang merujuk kepada Parlimen Malaysia. Parlimen bertanggungjawab untuk menggubal dan meluluskan undang-undang yang mengatur kehidupan kita. Kita akan lihat bagaimana Dewan Rakyat dan Dewan Negara memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang yang digubal adalah adil dan relevan, serta bagaimana ia memberi kesan kepada belia.

3
Pengasingan Kuasa - Legislatif (Kuiz)
5 questions

PENGASINGAN KUASA EKSEKUTIF

1
Pengenalan

Dalam topik ini, anda akan memahami konsep pengasingan kuasa dalam demokrasi, peranan tiga cabang utama kerajaan di Malaysia, serta kepentingannya dalam mengekalkan keseimbangan kuasa dan melindungi hak rakyat.

2
Pengasingan Kuasa- Eksekutif (Video)
4:50

Bahagian kedua fokus pada kuasa Eksekutif, yang dipegang oleh kerajaan melalui Perdana Menteri dan kabinetnya. Kuasa ini bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Legislatif. Kita akan lihat bagaimana kerajaan menjalankan dasar-dasar negara, seperti program pembangunan ekonomi dan peluang keusahawanan untuk belia, serta bagaimana pengasingan kuasa mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

3
Pengasingan Kuasa- Eksekutif (Kuiz)
5 questions

PENGASINGAN KUASA KEHAKIMAN (JUDISIARI)

1
Pengenalan

Dalam topik ini, anda akan memahami konsep pengasingan kuasa dalam demokrasi, peranan tiga cabang utama kerajaan di Malaysia, serta kepentingannya dalam mengekalkan keseimbangan kuasa dan melindungi hak rakyat.

2
Pengasingan Kuasa- Kehakiman (Video)
4:01

Bahagian terakhir ini membincangkan kuasa Judisiari atau Kehakiman, yang memastikan keadilan ditegakkan. Mahkamah bertanggung jawab untuk mentafsirkan undang-undang dan menilai kesahihannya. Kita akan lihat bagaimana sistem kehakiman melindungi hak asasi rakyat, termasuk belia, dan memastikan setiap tindakan kerajaan atau undang-undang yang diluluskan oleh Legislatif dan Executive mematuhi prinsip-prinsip perlembagaan

3
Pengasingan Kuasa- Kehakiman (Kuiz)
5 questions
Enrolled: 0 students
Lectures: 6
Level: Beginner