Pengenalan
Dalam module ini, anda akan dapat pendedahan tentang teori-teori berkaitan dengan demokrasi yang termasuk dengan perlembagaan Malaysia, Penubuhan Malaysia, Segala tentang rukun negara.
Antara 3 topik itu ialah:
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan berfungsi sebagai panduan dalam penggubalan undang-undang dan pengurusan negara, menekankan sistem pemerintahan berparlimen dan persekutuan yang memupuk keharmonian antara pelbagai kaum dan agama.
Penubuhan Malaysia
Proses ini bertujuan untuk memastikan keselamatan, pembangunan ekonomi, dan perpaduan antara negeri-negeri yang berbeza latar belakang. Penubuhan ini diharapkan dapat mewujudkan negara yang lebih kukuh dan sejahtera melalui kerjasama antara pelbagai kaum dan budaya.
Segala tentang rukun negara
Rukun Negara bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan, menggalakkan semangat patriotisme, dan membina masyarakat harmoni dalam kepelbagaian. Ia memainkan peranan penting dalam membentuk nilai-nilai bersama yang menjadi asas identiti rakyat Malaysia.
Kesemua elemen ini membentuk tonggak penting dalam sejarah dan perjalanan Malaysia, memberikan panduan untuk orang muda dalam menghargai keunikan serta kekuatan negara
Pendedahan akan diberi melalui video pendek dan kata-kata kunci yang boleh anda google untuk mengetahui lebih mendalam.